Hawariyyun dalam Injil Hawari

Terdapat dua sumber dalam Bible (Kitab Kristian) yang menyebut nama-nama 'Murid-murid Yesus dalam Alkitab seperti dalam:


  • [Matt 10:2] Matius memberikan nama-nama para murid Yesus
  • [Luke 6:13] Tetapi Lukas menyebutkan dua nama, yang berbeza daripada mereka, dicatat dalam Matius.


Salah satu diantara para murid, yang bernama Judas Iscariot (anak Simon Iskariot) adalah bendahari atau penjaga wang dan telah diamanahkan peranan ini oleh Jesus (Nabi Isa a.s.). Dia kemudian mengkhianati Jesus kerana dikatakan telah tertarik dengan tawaran tiga puluh keping perak sebagai ganti jika dapat memberitahu dan menyerahkan Jesus kepada Ahli dewan Shan Hakrem, dan kemudian dia (Judas) telah meninggal selepas itu (akibat menggantungkan dirinya disebatang pokok secara terbalik serta terburai isi perutnya (mengikut pandangan Kristian)) manakala dalam perspektif Islam pula, Judas yang wajahnya diserupakan dengan Nabi Isa telah mati akibat diseksa dan didera bertalu-talu serta disalib sehingga mati. Beliau juga dikatakan telah membantu dirinya (mungkin pecah amanah) dengan menggunakan sebahagian daripada wang amanah yang dipertanggungjawabkan untuk dijaga olehnya buat sementara ketika dia masih lagi seorang murid Jesus.

Terdapat juga pernyataan Matthew, mengatakan bahawa Simon iaitu orang Kanaan merupakan salah seorang pengikut dan anak murid Yesus, sedangkan dalam Bible Lukas, Simon disebutkan sebagai orang Zelot. Selain itu, Matius menyatakan Labaous telah disebut Tadeus untuk menjadi murid, tapi Injil Lukas tidak menyebut nama ini, mungkin Judas anak Yakobus dinyatakan sebagai gantinya.